Thursday, October 16, 2008

Pusat makanan suka kunjungi perasaan dan pengalaman...

Saya gemar makan banyak makanan asalkan ia murah. Salah satu pusat makanan yang saya gemar kunjungi adalah kedai Kopitiam di Tampinese Mart. Saya asyik rasa lapar ketika berlalu di sana. Walaupun kedai halal sedikit sahaja, makanannya amat hebat. Suasana di sana amat bising dan ada ramai orang beratur hendak beli makanannya. Bukan sahaja ia murah, tetapi juga sedap rasanya. Saya paling gemari adalah nasi ayam yang dijual dengan harga $2.30. Saya kenal tempat itu sejak kecil lagi. Layanan mereka amat baik. Penjual makanan kadang-kadang beri saya ayam percuma.

Selain itu, ada juga air kedai. Di sana mereka juga menjual air minuman yang berharga amat murah sekali. Saya rasa amat gemar ketika keluarga saya ajak makan di situ. Atas pengalaman saya, saya agak kedai itu adalah terbaik untuk saya. Jikalau ketika masa rehat, saya akan beli makanan di situ untuk makan.

No comments: